Blogroll


Pages

Ukhuwah Bersama

"Sampaikanlah daripadaku walau satu Ayat"

Artikel di dalam blog ini hasil perkongsian dari penulis dan juga dari laman-laman blog atau laman-laman web yang telah penulis nyatakan di setiap artikel yang berkaitan. Diharapkan para pembaca juga dapat berkongsi artikel yang dibaca kepada sesiapa sahaja.
Sebarang Pertanyaan, Pandangan atau Pendapat, emailkan ke nazims88@tahfizkiblah.com.my

Sunday, 1 July 2012

Kejayaan Yang Ku Nantikan

Assalamu'alaikum semua pembaca setia blog saya.

Rasanya da lama jari jemari tidak menekan keyboard untuk mengupdate blog yang hampir menjadi usang, mungkin disebabkan rutin harian yang terlalu pada tmembuatkan diri ini terlupa yang bahawa blog Nukilan Seorang Huffaz sedang menunggu untuk diupdate.

Maklum lah... Mask opis kul 7.45 pagi pastu terus mengupdate segala data atau maklumat berkaitan tempat saya berkhidmat sebagai seorang guru disamping tugasan sampingan yang diberikan. Sehinggala jam 7.00 malam baru saya dapat berehat seketika kadang-kadang terlena ketika mana diri ini sibuk melakukan tugasan yang diberikan.

Terasa begitu pantas masa berlalu sehinggakan tidak perasan yang sudah hampir 4 bulan saya duduk bersama bakal-bakal huffaz. Saya sentiasa mendoakan semua anak didik saya kan terus berusaha mencapai dan menghafaz 30 Juz Al-Quran dengan baik dan lancar.

Alhamdulillah saya bersyukur kerana penantian selama 3 Tahun ketika mana menuntut di Darul Quran, JAKIM berhasil. Saya bakal dianugerahkan selembar Diploma Tahfiz Al-Quran pada 7 Julai nanti. Doa dan harapan dari semua amatlah saya harapkan agar saya akan terus ikhlas dan sabar utuk mendidik baka-bakal huffaz.


Semoga Allah S.W.T. memberikan saya kekuatan untuk terus bersabar menempuh segala dugaan dan cabaan dalam tugasan dan kehidupan seharian.

0 comments:

Post a Comment

Tinggalakan Komen Anda