Blogroll


Pages

Ukhuwah Bersama

"Sampaikanlah daripadaku walau satu Ayat"

Artikel di dalam blog ini hasil perkongsian dari penulis dan juga dari laman-laman blog atau laman-laman web yang telah penulis nyatakan di setiap artikel yang berkaitan. Diharapkan para pembaca juga dapat berkongsi artikel yang dibaca kepada sesiapa sahaja.
Sebarang Pertanyaan, Pandangan atau Pendapat, emailkan ke nazims88@tahfizkiblah.com.my

Friday, 20 January 2012

Hukum Lelaki Bertindik

Semasa saya menunaikan Solat Jumaat tadi, terpandang seorang lelaki pakistan memakai subang di sebelah telinga kirinya. Dalam hati ni, terdetik " Ya Allah, bukankah seorang lelaki tidak boleh memakai subang? Sah ke solatnya? ". Saya merasa hairan dan hilang tumpuan sekejap ketika mendengar khutbah. Isu ini pun telah ramai sahabat-sahabat yang bertanyakan saya. Tetapi saya tidak mampu nak berikan apa-apa penjelasan. 


Tapi hari ni bila mana saya terpandangnya, saya rasakan sudah sampai masanya untuk saya berkongsi dengan para pembaca dan sahabat-sahabat semua berkaitan isu ini. (Entri ini bukanlah bertujuan untuk mengaibkannya, tetapi untuk panduan kita bersama.)


Sebenarnya dah lama rasanya benda ni di bahaskan oleh mana-mana ulama', tetapi masih lagi ramai lelaki yang suka bertindik atau dalam kata lain memakai subang.




Cuba kita bayangkan bagaimana pandangan masyarakat terhadap lelaku seperti ini? Mesti bermacam andaian yang bermain di fikiran orang yang melihatnya.


Tetapi bagaimana pula perasaan orang yang memakainya?


Cuba kita perhatian beberapa keadaan berkaitan tindik bagi lelaki :


1. Keadaan yang agak memalukan, khususnya bagi kaum lelaki. Kerana subang merupakan suatu lambang bagi seseorang perempuan, malahan islam sendiri melarang seseoarang perempuan itu mendedahkan subangnya pada umum. Sebab itu islam menuntut supaya memakai tudung.


2. Kebanyakan lelaki yang bertindik telinga hanya dilakukan pada sebelah telinga sahaja. Ia kelihatan anih, tidak melambangkan keperibadian muslim yang mantap dan murni. Rasulullah s.a.w. melarang umatnya melakukan perkara-perkara yang pelik atau menonjolokan imej yang buruk dan jelik seperti mencukur sebahagian rambut di kepala dan membiarkan sebahagian lain tanpa dicukur. Di dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abdullah bin Umar r.a. Rasulullah s.a.w. melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya, lalu baginda bersabda maksudnya: "Cukurkan kesemuanya atau tinggalkan kesemuanya."


3. Perbuatan itu pada asalnya dilakukan oleh mereka yang tidak mempunyai haluan hidup yang jelas dan sering dikaitkan dengan maksiat. Rasulullah s.a.w. melarang umatnya meniru orang-orang kafir dan fasiq. Baginda bersabda maksudnya: "Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia adalah termasuk dalam golongan tersebut."


4. Jika bertindik kedua belah telinga maka perbuatan itu dikira menyerupai perempuan. Ini juga dilarang sebagaimana dinyatakan oleh Ibnu 'Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyeruapi lelaki. (Riwayat al-bukhari).


Sabda Nabi s.a.w

عن إبن عباس رضي الله عنهما قال: لعن رسول الله صلي الله عليه وسلم المخنثين من الرجال
والمترجلات من النساء ؛ وفي رواية: لعن رسول الله صلي الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال
                                        (بالنساء والمتشبهات بالنساء من الرجال (رواه البخاري
Maksudnya:
Dari Ibnu Abbas r.a., dia berkata: Rasulullah saw telah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan menyerupai lelaki. Dan dalam riwayat lain, Rasulullah telah melaknati orang-orang yang menyerupai perempuan dari kaum lelaki dan orang-orang yang menyerupai lelaki dari kaum perempuan. (riwayat Bukhori).

0 comments:

Post a Comment

Tinggalakan Komen Anda