Blogroll


Pages

Ukhuwah Bersama

"Sampaikanlah daripadaku walau satu Ayat"

Artikel di dalam blog ini hasil perkongsian dari penulis dan juga dari laman-laman blog atau laman-laman web yang telah penulis nyatakan di setiap artikel yang berkaitan. Diharapkan para pembaca juga dapat berkongsi artikel yang dibaca kepada sesiapa sahaja.
Sebarang Pertanyaan, Pandangan atau Pendapat, emailkan ke nazims88@tahfizkiblah.com.my

Tuesday, 24 January 2012

Hukum Berkapel

Semalam 23 Januari 2012 seorang sahabat telah bertanya pada saya "Ustaz, apa hukum berkapel ni ustaz" di Fan page Facebook Saya. Pada mula saya agak terkedu dengan pertayannya, kerana umurnya baru sahaja 16 tahun.Tetapi saya cuba juga untuk menjwabnya dengan ilmu yang saya ada untuk perkongsian dengannya dan sahabat pembaca yang lain.


Berikut merupakan jawapan di dalam Fanpage saya :

pada dasarnya, adalah harus. Tetapi ianya juga boleh menjadi haram. Seperti mana yang pernah saya sebutkan dalam artikel saya yang lepas 

Dalam islam memegang y bukan muhrim adalah haram, apatah lagi kita berkapel? Kecuali kita menjaga batas-batas yang telah ditetapkan dalam islam.


-------------------------------------------------------------------
Bagi saya bukanlah umurnya di waktu ini tidak boleh untuk mempunyai teman wanita (sahabat tersebut adalah lelaki), tetapi bagi saya berkapel atau mempunyai teman wanita adalah harus dalam islam dan batas-batas pergaulan perlulah di jaga dengan sebaiknya.

Beberapa yang perlu kita ketahui untuk berkapel:

1. Elakkan dari berjumpa sehingga terikatnya tali pernikahan. Jika satu sekolah atau IPT, elakkan dari selalu berjumpa untuk menghalang dari terkenanya tipu daya syaitan.

2.Jauhkan dari mesej-mesej yang berbaur atau dari cepatnya hasutan syaitan.

3. Sentiasa berdoa supaya dihindarkan dari perkara yang tidak baik.

Hukum kapel ini juga akan menjadi haram bila mana godaan syaitan yang mula menghasut kita untuk mendekati zina.

Bagi membantu sahabat tersebut saya telah sertakannya artikel yang dipetik dari http://www.scribd.com/doc/36278915/HARAM-BERKAPEL yang mana ianya merupakan jawapan yang cukup lengkap bagi pertanyaan sahabat tersebut dan pada mereka-mereka yang sedang berkapel.

Semoga ianya menjadi rujukan dan panduan pada semua.

0 comments:

Post a Comment

Tinggalakan Komen Anda