Blogroll


Pages

Ukhuwah Bersama

"Sampaikanlah daripadaku walau satu Ayat"

Artikel di dalam blog ini hasil perkongsian dari penulis dan juga dari laman-laman blog atau laman-laman web yang telah penulis nyatakan di setiap artikel yang berkaitan. Diharapkan para pembaca juga dapat berkongsi artikel yang dibaca kepada sesiapa sahaja.
Sebarang Pertanyaan, Pandangan atau Pendapat, emailkan ke nazims88@tahfizkiblah.com.my

Saturday, 7 January 2012

Antara Wanita Bukan Muhrim dan Babi @ Anjing Mana Yang Lebih HARAM DIPEGANG?

Pada 5 Januari 2012 (Khamis) Semester 6 (Integriti Rasyidul Huffaz-IRSYAD) telah mengadakan satu diskusi ilmiah yang bertajuk "Manual Cinta Syari'e" yang disamapaikan oleh Ustaz Syaari Ab Rahman .

Di akhir diskusi tersebut, ada seorang sahabat mengajukan soalan yang jika kita fikirkan ia merupkan satu persoalan yang mana ianya perlu diketahui oleh setiap muslim.

Soalannya berbunyi lebih kurang macam ni : " Ustaz, mungkin soalan yang nak saya ajukan ini tidak masuk akal, tapi saya perlukan sedikit penjelasan, soalan saya adalah : Antara kita memegang babi dan memegang perempuan yang bukan muhrim, mana yang lebih haram? ".

Ramai yang agak terkedu dengan soalan tersebut, termasuk penceramah. Saya faham bahawa soalan ini agak sensitif jika kita tidak pandai untuk membahaskannya. Jadi di sini saya cuba untuk menghuraikannya pada semua supaya kita kebih memahami dengan lebih jelas.

Sabda Nabi S.A.W. :

1) "Bergerombolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan muhrimnya." (Riwayat Ibnu Majah)

2) Dari Ma'qil bin Yasar Radhiyallahu 'anhu, dia menceritakan, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:"Andaikan ditusukkan ke kepala salah seorang diantara kalian dengan jarum besi, yang demikian itu lebih baik daripada dia harus menyentuh wanita yang tidak diperbolehkan baginya". (Riwayat At-Tabrani & Baihaqi)


Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) antara bukan muhrim adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing atau babi tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing atau babi bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Nabi berpesan, sentuh kulit babi yang berdarah tu lebih baik daripada kita sentuh kulit orang yang bukan muhrim kita. Babi tu sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. Rupa-rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada itu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan muhrim lebih hina daripada babi. Erk!

Itu asas pengetahuan dan pengamalan dalam Islam. Mudah saja. Jangan sentuh orang yang bukan muhrim. Jika garis pandu asas ini tidak dipatuhi dan suruhan Tuhan dizalimi, itu yang bermulanya benda-benda lain yang diluar kawalan kita.

Benda ni dah lama dan terus-terusan berlaku. Semuanya bergantung pada keyakinan kita pada Tuhan. Yakin, bukan setakat percaya. Kita semua percaya Tuhan itu ada. Tapi kita benar-benar yakinkah yang Tuhan itu ada? Kiranya jawapannya ya, kita akan akui dan geruni segala kekuasaan-Nya. Kita akan turuti setiap kemahuannya dan tinggalkan larangan-Nya.

Jadi, apa pandangan sahabat-sahabat sekalian tentang permasalahan yang kita anggap remeh-temeh ini? Tepuk dada tanya iman.


KISAH LEMBU & ANJING 

Lembu : Hai anjing,apa kabar? Macam ada yang tak kena ja? 

Anjing : Aku tengah tension ni.Mau ja aku gigit manusia tadi. 

Lembu :eh,kenapa ? 

Anjing : Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki & perempuan yang sedang berkepit.Tetiba si lelaki Terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing!!!Pergi jauh-jauh!!!Najis!!!” 

Lembu : Iya lah.Kau kan haram.Najis tahap berat bagi manusia .Biasalah tu. 

Anjing : Kalau aku najis sekali pun,kalau dya tersentuh aku,boleh disamak kan.Yang dya sentuh & raba -raba awek dya tu apa?Boleh ka nak samak dosa? 

Lembu : Betul tu.Memegang wanita yang bukan mahram tanpa ikatan sah lebih dasyat kenajisannya dp Memegang kau anjing,malah tak boleh suci sekalipun di samak. 

Anjing : Wah…Ayat ko memang power la. 

ANJING dan B.A.B.I adalah makhluk Allah sama seperti kita. Kekuatan manusia adalah pada iman dan akal fikiran.Menilai sesuatu perkara baik dan buruk, kemudian baru tindakan di buat.Ini adalah perbezaan di antara pegang ANJING dan B.A.B.I berbanding pegang BUKAN MAHRAM

Sekiranya kita saja PEGANG ANJING atau B.A.B.I:


1) TAK BERDOSA

2) KENA SAMAK

3) BERDOSA JIKA KITA MAKAN DAGING

Kalau saja pegang BUKAN MAHRAM pula: 

1) BERDOSA

2) AURAT TIDAK DIJAGA, TENGOK HARAM

3) BERDUA-DUAAN BERPEGANG TANGAN BOLEH TIMBUL FITNAH DAN HARAM 

4) MENGHAMPIRI ZINA YANG BOLEH TERJEBAK DENGAN ZINA YANG KEJI


5) KENA MINTAK AMPUN KEPADA ALLAH DENGAN BERTAUBAT


Elakkan dari bersalaman sekali pun dengan tangan seorang perempuan yang bukan muhrim... Jika perlu juga, carilah lapik yang dapat mengelakkan dari bersentuhan kulit ke kulit...

Jadi, apa pandangan sahabat-sahabat sekalian tentang permasalahan yang kita anggap remeh-temeh ini? Tepuk dada tanya iman.

Sumber :







0 comments:

Post a Comment

Tinggalakan Komen Anda