Blogroll


Pages

Ukhuwah Bersama

"Sampaikanlah daripadaku walau satu Ayat"

Artikel di dalam blog ini hasil perkongsian dari penulis dan juga dari laman-laman blog atau laman-laman web yang telah penulis nyatakan di setiap artikel yang berkaitan. Diharapkan para pembaca juga dapat berkongsi artikel yang dibaca kepada sesiapa sahaja.
Sebarang Pertanyaan, Pandangan atau Pendapat, emailkan ke nazims88@tahfizkiblah.com.my

Sunday, 6 October 2013

Mencerap Bulan Zulhijjah 1434H

Assalamualaikum.

Salam Zulhijjah.

Alhamdulillah 5 Oktober 2013 / 29Zulka'edah 1434H berkesempatan untuk berada di Baitulhilal Bukit Jugra, Banting, Selangor bagi proses melihat anak bulan Zulhijjah untuk menentukan 1 Zulhijjah dan Hari Raya Qurban.

Gambar akan diupload kemudian oleh disebabkan masalah internet yang slow.

Ape pun bersyukur pada-Nya di atas kesempatan yang diberikan.

Read more »

Monday, 4 March 2013

Doa Pendekat Jodoh



Assalamu'alaikum.

Lama rasenye jari2 ni x menaip kat blog. Mybe xde kelapangan kot. heheheh.....

Ape pun kegembiraan mula terpahat di hatiku....

Ya Allah kau bukakanlah pintu hati ku dan dirinya untuk memberikan kebahagian yang kekal selamanya untuk kami.

Jauhkan lah dari sebarang prasangka buruk yang datang atau yang menggangu segala yang telah Engkau rancangkan.

Ya Allah jika benar dia untukku, maka kau permudahkanlah, redhai dan restuilah serta rahmatilah kami agar terus bersatu sehingga hari yang telah engkau janjikan untuk kami bersama dalam membina mahligai kebahagiaan hidup.

Amin.................

Read more »

Saturday, 17 November 2012

Kenangan Lama Kembali Bermain di minda


Assalamu'alaikum...............

Selamat Berhujung minggu & Selamat Berehat semua.....

Hari ni bukak Youtube ngn Website SEKOLAH KIBLAH tetibe terpandang video-video yang dihasilkan sendiri....

Bile tengok balik, Ya Allah andainya zaman sekolah boleh berulang kembali, seronol sangat rasanye.....

Terlalu pantas masa berlalu....... Sehinggakan tak sedar ada kawan-kawan sekelas yang da berumah tangga, yang nak kawen n ya da nak abih master......

Tapi yang paling sedih sekali sahabat yang banyak membantu Allahyarham Syed Mohd Faizul yang telah pergi di awal usianya mencecah 20 tahun. Al-Fatihah untuk beliau....

Jom kita layan video2 ni ye..............




KENANGAN KIBLAH 2007/08




Khemah Ibadah Kiblah 2009





Ifthor Kiblah 2009





KENANGAN KIBLAH 2009




Read more »

Sunday, 21 October 2012

Perkhemahan Ibadah & Al-Quran November 2012




Jom Daftarkan anak anda di Musim Cuti Sekolah ini.


Program Khas bagi meraikan 4 Tahun Kem Smart Al-Quran & Fardhu Ain.



Jangan lepaskan peluang.



Penampilan Khas Imam-Imam Muda & Ustaz Zamri (Mari Mengaji)

Read more »

Sunday, 1 July 2012

Kejayaan Yang Ku Nantikan

Assalamu'alaikum semua pembaca setia blog saya.

Rasanya da lama jari jemari tidak menekan keyboard untuk mengupdate blog yang hampir menjadi usang, mungkin disebabkan rutin harian yang terlalu pada tmembuatkan diri ini terlupa yang bahawa blog Nukilan Seorang Huffaz sedang menunggu untuk diupdate.

Maklum lah... Mask opis kul 7.45 pagi pastu terus mengupdate segala data atau maklumat berkaitan tempat saya berkhidmat sebagai seorang guru disamping tugasan sampingan yang diberikan. Sehinggala jam 7.00 malam baru saya dapat berehat seketika kadang-kadang terlena ketika mana diri ini sibuk melakukan tugasan yang diberikan.

Terasa begitu pantas masa berlalu sehinggakan tidak perasan yang sudah hampir 4 bulan saya duduk bersama bakal-bakal huffaz. Saya sentiasa mendoakan semua anak didik saya kan terus berusaha mencapai dan menghafaz 30 Juz Al-Quran dengan baik dan lancar.

Alhamdulillah saya bersyukur kerana penantian selama 3 Tahun ketika mana menuntut di Darul Quran, JAKIM berhasil. Saya bakal dianugerahkan selembar Diploma Tahfiz Al-Quran pada 7 Julai nanti. Doa dan harapan dari semua amatlah saya harapkan agar saya akan terus ikhlas dan sabar utuk mendidik baka-bakal huffaz.


Semoga Allah S.W.T. memberikan saya kekuatan untuk terus bersabar menempuh segala dugaan dan cabaan dalam tugasan dan kehidupan seharian.

Read more »

Sunday, 3 June 2012

Senyuman Mempunyai Pelbagai Rahsia

Assalamu'alaikum semua.... Da lama rasanye jari jemari tidak menaip di blog ni... Mungkin agak sibuk dengan tugasan sebagai seorang pendidik. apepun hati terlalu gembira sangat. Jom kita renubgkan tentang "Rahsia Senyuman"





 Hanya dengan senyuman sebenarnya mampu untuk membantu mengubah kehidupan seseorang. Senyuman juga adalah merupakan bahagian paling unik yang ada pada diri anda. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, antara rahsia disebalik senyuman adalah.. (1) Membantu memanjangkan hayat seseorang - Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap 230 orang pemain baseball beberapa tahun yang lepas, penyelidik mendapati bahawa seorang yang mudah senyum kebiasaan hayatnya akan lebih panjang berbanding yang bermuka serius. Situasi ini pula dikaitkan dengan aura positif yang dikeluarkan apabila anda senyum untuk membantu menguatkan lagi fakta ini. (2) Mempengaruhi minda separa sedar - Penyelidik juga mendapati bahawa dengan senyuman dapat membantu seseorang untuk menukar perkara negatif menjadi satu perkara yang positif. Proses ini berlaku kerana minda separa sedar mereka telah dipengaruhi. Sebagai contoh, satu tugasan yang sukar akan menjadi lebih mudah sekiranya ia cuba diselesaikan berserta senyuman.

(3) Mempengaruhi orang lain - Senyuman bukan sahaja boleh memberi aura positif terhadap diri anda sahaja, malah ia turut mampu untuk mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh yang biasa anda lalui, apabila anda senyum terhadap seseorang, kebiasaannya mereka juga akan turut membalas senyuman walaupun ketika itu mereka sedang berada dalam masalah. Ini menunjukkan bahawa mereka sebenarnya telah berjaya dipengaruhi. Untuk beberapa saat ia mampu untuk mengalihkan pemikiran mereka daripada memikirkan mengenai masalah yang sedang dihadapi.

(4) Senyuman tulen dan senyuman palsu - Kebiasaannya, seseorang yang peka terhadap situasi pasti berjaya mengesan samaada senyuman yang diberikan samaada tulen atau palsu. Untuk mengesan senyuman palsu, anda perlu melihat reaksi terhadap matanya. Sekiranya merasakan ianya berlainan, mungkin ia adalah senyuman palsu. Ini berlaku kerana otak sukar untuk menafsirkan dua cas yang berlainan dalam satu masa yang sama. Sebagai contoh, pasti agak sukar untuk anda ketawa ketika anda sedang menangis. Ini berlaku kerana otak mengambil masa untuk menafsirkannya disebabkan oleh cas yang berlainan.

(5) Rawatan muka - Mungkin sudah ramai yang mengetahui bahawa senyuman adalah terapi terbaik untuk awet muda. Ia sememangnya benar dan juga terbukti secara saintifik. Ini berlaku kerana ketika seseorang senyum, ia akan menggerakkan beribu-ribu saraf muka yang dapat membantu untuk penegangan kulit. Ia dapat melambatkan lagi proses untuk kulit anda daripada mengecut atau berkedut.

Read more »

Wednesday, 7 March 2012

Tamat Sudah Diploma

Rasanye da lama tak post ape2 kat blog ni... Mybe terlalu sibuk study.... Internet pun tak langgan masa nak final exam ari tu....

Alhamdulillah 6 Mac 2012 tamat sudah pengajian ku di Darul Quran dalam jurusan Diploma Tahfiz Al-Quran. Harapan ku agar tiada yang terkandas atau yang perlu diulang semula.... Harapan dan doa dari semua, amatlah diperlukan... Aku memohon agar sahabat-sahabat semua dapat mendoakan kebaikan buat ku agar aku mendapat selembar Sijil Diploma pada Majlis Konvokesyen DQ yang ke 21 nanti...

Harapan dan doa dari kalian, insyaallah memberiku sedikit sebanyak semangat untuk terus berjuang...

" Ya Allah aku memohon segala yang terbaik buat diriku... Jauhkan diriku dari sebarang kegagalan.... Aku memohon agar Engkau memberikan aku peluang untuk merasai nikmat Konvokesyen pada Majlis Konvokesyen DQ yang ke 21 seperti insan-insan yang lain.... " Amin........................

Read more »

Tinggalakan Komen Anda